Sila Klik LIKE

Asas-asas Islam


Zaman sekarang, semua orang boleh menjadi ustaz. Semua mampu mengeluarkan pendapat sendiri. Ada sesetengah orang melabel internet sebagai salah satu sumber yang paling tidak sahih di dunia. Perkara baiknya, jika suatu isu yang melibatkan Islam berlaku, semua umat manusia mampu mengeluarkan pendapat mereka sendiri. Betul salah adalah perkara kedua. Hukum boleh dikeluarkan dengan mudah. Betul salah perkara kedua. Laman sosial menjadi medan perdebatan. Betul salah adalah perkara kedua. Bagaimana dengan ulama’ dan ustaz yang sebenar? Yang belajar disiplin ilmu Islam secara teratur?. Ha..

Seteruk-teruk umat Islam pada masa kini, mereka masih lagi sensitif terhadap pegangan aqidah mereka. Walaupun mereka tidak dapat menjelaskan sendiri mengenai apa aqidah itu sebenarnya, mereka tetap akan bangun untuk membela Islam sekiranya ‘ia’ dicabar.

Buku Asas-asas Islam karangan Abu A’la Al-Maududi merupakan sebuah kitab yang membicarakan tentang perkara-perkara akar dalam Islam. Bermula dari persoalan aqidah sehinggalah kepada persoalan mengenai tasawwur pengertian syariat dan hubungannya dengan Islam dan apakah pula kewajipan kita.

Ayat yang digunakan dalam buku ini juga agak ‘lama’ dan mungkin akan mengalami sedikit kesukaran untuk memahami isi kandungannya. Berguru dan berbincara adalah lebih baik daripada membacanya seorang diri. Melalui perbincanganlah baru ilmu ‘orang lama’ ini akan difahami sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan majlis ilmu termasuk halaqah usrah itu sendiri.


Mengapa agama ini dinamai Islam?
Nama Islam berlainan dengan agama lain yang kebiasaannya dinamakan bersempena dengan pengasas agama itu, menganut dan sebagainya. Nama Islam tidak dibangsakan dengan nama kaum tertentu. Nama islam itu sendiri menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan ‘Islam’ itu sendiri.

Islam adalah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan-Nya tanpa bantahan. Peace! Aman!.

Catatan:
1) Bahasa buku ni agak sukar difahami
2) Jika seseoragn bertanya kepada anda apa itu Islam? Apa anda akan jawab?
3) Buku asas yang baik untuk dibincangkan

No comments:

Post a Comment